Saturday, May 27, 2006

Akademi Fantasia...Akademi Yang Memang Fantasi dan My Team Yang Menaruh Harapan Kemenangan

Akademi Fantasia 4 (AF4) akan memulakan musim baru esok...28/5/06...sama hari dengan perlawanan antara pasukan kebangsaan,Malaysia menentang MyTeam..Dua agenda yang berlainan tetapi lahir dari konsep yang sama..Realiti. Setelah menonton dan mengikuti American Idol (AI),aku rase memang calon-calon AF4 takde yang boleh dibandingkan dengan penyanyi2 AI.Adakah sebab taste aku dah memang cenggitu?I don't think so..Siti is a very talented singer and i like her voice.Ataupun mungkinkah Malaysia ni negara kecil..jadi kite tak dapat lahirkan penyanyi yang bagus2?Ataupun sebab juri sendiri yang pilih tak tepat...hmm....semua persoalan,kebingungan ini bermain di kotak fikiran aku...Aku pun tak lah minat sangat dengan AF ni..tapi aku cume terfikir,adakah Malaysia boleh mempunyai seorang bintang realiti tv dengan kualiti yang baik?Kepada yang meminati AF,semoga anda menemui calon yang sesuai untuk menjadi juara...

Beralih pula kepada MyTeam..yang bermaksud Pasukan Saya atau mungkin Pasukan Malaysia..sebab kod internasional Malaysia ialah MY or MYS. Satu usaha yang sangat bagus oleh Jason Lo dan Khairy Jamaluddin..Malaysia memang mempunyai pemain bola sepak yang berbakat.Apa yang kita perlu lakukan ialah mencungkil bakat2 mereka dan mengetengahkan mereka.Cuma harapanku adalah mereka ini dapat menaikkan kualiti bola sepak Malaysia yang nak dianggap Jaguh Kampung pun tak boleh.Sedangkan negara kecil dan kurang maju seperti Togo pun dapat melayakkan diri ke Piala Dunia..Inikan lagi Malaysia yang lebih besar dari Togo,lebih maju dari Togo tak pernah langsung melepasi Kelayakan Piala Dunia peringkat kumpulan.Tak taulah nak target berapa tahun lagi untuk Malaysia dapat pergi ke Piala Dunia..Tapi harap-harap sebelum aku menutup mata buat selamanya..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home