Monday, May 29, 2006

Kekalahan Berteraskan Politik Semata-mata

My Team 1-Malaysia 2.Satu keputusan yang memang dijangkakan tetapi adalah tidak berhak kepada pemenangnya.My Team bermain dengan penuh semangat walaupun pada awalnya masih berasa takut dan gentar...bukan kerana berhadapan dengan pasukan kebangsaan tetapi dengan kehadiran penyokong yang memberikan semangat.Mereka mungkin telah diarahkan bermain beigtu untuk tidak menampakkan perlawanan ini adalah permainan semata-mata.Rembatan yang cantik dan cubaan yang bahaya semuanya dapat di patahkan oleh penjaga gol My Team.Tetapi apabila tiba kepada sepakan percuma,bola yang sepatutnya boleh ditampan atau didakap itu dilepaskan untuk memberi laluan untuk gol pasukan kebangsaan.Ini semua adalah kerana untuk menjaga nama baik pasukan kebangsaan.Politik semata-mata.Pemain pasukan kebangsaan diboo oleh penonton apabila bola berada di kaki mereka..Semua ini tiada kena mengena dengan ketidakwujudan semangat patriotik dihati penonton,tetapi adalah rasa marah dan bosan dengan pasukan kebangsaan yang tidak menunjukkan prestasi yang baik..Kemenangan dipersada antarabangsa mungkin dapat menambat semula hati penyokong pasukan Malaysia..Fikirkan.

Nota : Tahniah buat MyTeam kerana semangat dan kesungguhan mereka.Semoga dapat melebarkan sayap ke serata tempat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home