Tuesday, July 04, 2006

Ane! Teh O Ais satu...Bang,Milo ais satu..

Assalamualaikum..
Dah lame aku x menulis blog ni..Bukan ape..banyak bende aku nk citer sebenarnye,tapi aku xde mood nk tulis.Idea tu memang mencurah-curah ade kalanya..cume mood yang tidak mengizinkan.

Entry kali ini aku nak bercakap tentang perbezaan antara restoran Mamak dengan kedai makan Melayu...Musim World Cup ni la yang paling ketara aku nampak perbezaannya..bukan musim World Cup pun boleh jugak tengok perbezaannya..Kalau kita perhatikan,kedai Mamak lagi ramai pelanggan dari kedai Melayu..betul tak?Ade banyak faktor yang boleh membawa kepada sebab-sebab ini.But i would like to talk about strategy and attitude. Kenapa pemilik restoran Melayu tak nak kerja lebih mase sikit? Malas? Mungkin juga...atau tak cukup staff? Mungkin juga..tetapi itulah yang dinamakan strategi. Kite dah tau World Cup nak datang,so why not kite cari worker awal2 yang boleh kerja lebih masa hanya dalam masa sebulan. Then kalau diorang keje ok, ape salahnye diambil bekerja terus?Bile dah banyak worker kan senang kalau ade ape2 emergency ke..or whatsoever. Then satu lagi ialah,kenapa mereka tidak mahu membeli projector(selain tv besar)?Ini ditujukan kepada pemilik restoran Melayu yang bisnes nye berjalan dgn lancar. Ape salahnya berbelanje lebih atau mengeluarkan modal sedikit untuk membeli sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan.Bile dah ade projector,skrin besar for sure orang akan datang nye(aku taknak sentuh pasal kesedapan makanan la)..Kalau ade projector,bukannye rugi pun.Next time boleh guna lagi.Ha..time Konsert AF,boleh la pasang.AF kan hiburan untuk orang Melayu.That's what i observed.

About attitude, orang Melayu ni memang ada semacam attitude bila berniaga kan? Mereka tak boleh nak bertolak ansur walau sedikit, tak tahu nak memikat hati pelanggan dan mereka mudah leka apabila sudah mendapat keuntungan yang lebih. Pernah berlaku dekat aku, satu malam tu aku pergi la makan dinner di salah sebuah restoran dekat Bukit Jelutong. Kedai Melayu la. So budak tu datang nak amik order. So die bagila menu kat kami..(aku,ibu dan adik). So as i browse through the menu, the food that i wanted to eat is not in the menu. So i asked him..

Aku : Dik,nasi goreng ayam kunyit ade tak?
Waiter : Tengok la dalam menu tu..(nada kerek)
Aku : Saya tengok takde..sebab tu saya tanya awak.
Waiter : Kalau dah takde dalam menu tu,takde la..(juga nada kerek)

Dalam hati aku aku nak tumbuk je muka budak ni.Aku tanye elok-elok.Aku ni pelanggan kau la bodoh. Ape salahnye kalau die cakap, 'Nasi goreng ayam kunyit takde la bang'.Ha..kan senang.Aku pun tak marah. Agaknye budak tu kurang di ajar tentang sopan santun. Itu dengan aku..mungkin juga dia berkelakuan yang sama dengan pelanggan yang lain. Jadi,macam mane lah nak maju orang Melayu ni.Kejadian yang kedua yang pernah aku alami adalah die salah sebuah restoran di Seksyen 13. Aku nak bayar ni..total die rm 3.50.

Cashier : Dik, 3 stengah.
Aku hulur la 5 ringgit.
Cashier : Takde 50 sen ke dik?
Dalam hati aku : Kalau ade,mestila saya bagi bang.
Aku : Takdela bang.
Cashier : Saya takde 50sen ni.
Aku : Kire halal je la bang.
Cashier : Mane bleh dik.

Alaaahai..dah aku takde 50sen,kau pun takde 50sen halalkan je la.Lagi pun dh malam. Memang dah nak tutup pun kedai tu..Dah tentu takde orang nak datang lagi..Dalam hati aku berkata, ape yang die berkira sangat pun aku tak tau la..setakat 50sen tu takdenye kau rugi sampai tutup kedai..Jadi adakah aku ni di pihak yang betul atau tidak?

Bagi aku, kalau macam ni la sikap orang Melayu yang ingin berniaga memang tak akan berkat dan untung la..Mungkin korang atau orang yang berniaga akan cakap, 'Oi,kau tu Melayu jugak!' Memangla aku Melayu. Sebab tu aku cakap macam ni. Sikap baik orang Melayu ni ialah suka menolong sesama sendiri. Aku nak untungkan perniagaan kau! So pandai-pandai lah ambik hati pelanggan..Berubah!

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

weh aku suka bahasa ko.. haha.. saje je nak cakap aku dah sampai sini.. one day aku join ko tulis blog ok.. tp bukan skrg ah.. chalo jumpa distudio!! adios

10:36 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home