Saturday, September 23, 2006

Bersih Dikala Anda Pergi

Sudah agak lama diri ini tidak menulis nukilan di blog ini..Tahla..macam biase la dengan kerja-kerja yang harus dilakukan,tugasan yang perlu disiapkan merupakan sebab musabab tidak dapat meluangkan masa menulis entri ini.

Entri kali ini,tentang sistem Clean As You Go (CAYG) yang baru dilancarkan di kafe-kafe UIA. Actually,aku dah biasa dengan sistem ini sebab time aku kerja kat McD dulu,sistem ini digunakan. Jadi,semua krew termasuk jawatan yang lebih tinggi mempraktikkan sistem ini.

Apa yang hendak diperkatakan di sini,pelajar-pelejar UIA yang sedang belajar untuk DEGREE pun tak boleh nak buat bende yang senang.Flyers/notice telah pun diedarkan kepada mereka tentang kewujudan sistem ini. Tapi apa yang aku boleh nampak,hanya lah SEGELINTIR sahaja yang ikut arahan. Apa yang susah sangat?? Dah makan, buangla sendiri pinggan & cawan polisterin dalam tong sampah..Is that so difficult?? Banyak je tong sampah yang tersedia kat kafe..Susah sangat ke nak bangun dan buang?? MALU ke kalau kene buang sampah sendiri?? POYO ke kalau kene bangun dan pergi buang sisa makan sendiri?? Aku akan cakap BODOH kepada sesiapa yang bagi jawapan tu dekat aku. Kalau malu,then macam mane pulak dengan makcik-makcik yang kerja kutip sampah korang tu huh?? Come on!! Masing-masing belajar tinggi untuk DEGREE..tapi tiada CIVIC MINDED! Macam mane la nak wujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang mementingkan kebersihan dan berfikiran sivik kalau bende yang senang pun tak dapat buat?? Dah belajar tinggi-tinggi patutnye tau nak bende ni.Sistem patutnye tak payah nak buat pun kalau semue ade civic minded..Lagi-lagi belajar dekat Universiti ISLAM Antarabangsa..Kebersihan merupakan sebahagian dari Iman..am i right brothers and sisters?? Aku memang tak boleh blah dengan sikap macam ni la..

Satu lagi aku nak cakap dekat sini ialah sikap BUANG SAMPAH MERATA-RATA. Aku duduk kat ground floor kat kolej Ali. Makhluk-makhluk yang duduk kat tingkat atas boleh selamba badak buang sampah ke bawah melalui tingkap..Sampah bukan yang kecik-kecik pulak tu..What the hell is that?! Aku dah sound berkali-kali pun diorang boleh buat bodo..memang BODOH agaknya. Memang la kat sini ade seorang pakcik cleaner yang akan kutip sampah-sampah dan menyapu setiap pagi..tapi perlu ke buang sampah merata-rata macam tu?? Tong sampah ade je kat every floor..GUNE LA!!

Jadi..fikirkan lah apa yang aku cakap kan ni..Mungkin tak ramai yang baca ape yang aku tulis ni tapi aku at least aku dah sampaikan ape yang aku rase perlu di sampaikan..Kalau sampah sendiri tak boleh buang, pastu buang sampah merata-rata, baik jangan jadi manusia..